dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Proses Sejuk Beku (Mahir Masak)

17 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 17 April 2026, Staf NADI telah menyediakan tempat webinar dibawah kelas mahir masak iaitu kelas masakan bertajuk Proses Sejuk Beku (Mahir Masak). Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi penerangan cara penyimpanan makanan sejuk beku ke dalam freezer, proses penyahdinginan makanan sebelum dimasak, suhu yang baik untuk proses penyimpanan makanan dan sebagainya.

Selain itu, kelas masakan ini juga membantu komuniti terutamanya kepada yang ingin menjadi usahawan dalam bidang makanan untuk berkongsi tips pemprosesan makanan secara percuma di atas talian dengan syarat menjadi ahli NADI secara percuma. Kelas ini juga membantu golongan yang tidak berkemampuan menyertai kelas berbayar kerana kelas masakan yang diadakan di luar adalah mahal.

Kesimpulanya, dengan adanya program seperti ini ia mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..